.:: Kata-kata Hikmah ::.

Life is like a ship...therefore strengthen ur ship coz the ocean is very deep and the journey is very long...

Friday, March 30, 2007

.:: Detik berharga yang dilalui ::. by Abu Munzir

Setiap pagi matahari terbit sebagai tanda lahirnya hari yang baru untuk kita semua. Semua kita melalui fenomena pergantian malam dan siang sejak kita lahir hingga kini, tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang benar-benar memanfaatkan hari-hari dan malam-malam yang silih berganti.

Berapa ramaikah kita yang dapat menyelamatkan diri kita dari kerugian dunia lebih-lebih lagi kerugian di akhirat?

Seseorang itu akan kerugian dalam ertikata kerugian yang sebenar apabila saat berlalu, minit berlalu, jam berlalu sedangkan iman dan amal tidak bertambah. Ma’rifatullah tidak bertambah walaupun usianya bertambah. Ketaatannya tidak meningkat sedangkan masa yang berharga telah dilaluinya.

Wahai putera puteri harapan Islam!

Lihatlah detik-detik masa yang sangat berharga yang telah memintas kehidupan anda. Andakah berjalan proses iman yang membawa kepada pengukuhan ma’rifatullah. meningkat ketaatan kita kepada Allah SWT dan adakah mahabatullah telah meningkat. Tahun yang baru telah dilalui hampir sebulan berlalu, detik-detik kehidupan yang berharga telah terlepas begitu sahaja tanpa membawa peningkatan diri kita.

Alangkah meruginya hidup ini apabila ma’rifatullah tidak meningkatkan dengan masa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Alangkah meruginya hidup ini apabila detik yang berharga tidak menambah ketaatan dan alangkah meruginya apabila detik masa yang berharga tidak meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT.

Adakah detik masa yang berharga ini membawa peningkatan keimanan atau kemerosotan. Di sana tiada keadaan yang statik dalam terminologi proses peningkatan diri. Sama ada kita melalui peningkatan atau kita melalui kemerosotan.

Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”

Bagaimanakah keadaan hati kita? Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati. Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.

Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.

Wahai putera puteri harapan Islam!

Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’.

Takutilah pada hari anda mengangkat tangan anda tetapi Allah SWT tidak mahu memandang anda lagi!

Marilah kita teliti detik masa yang berharga yang kita lalui. Marilah kita teliti keadaan hati kita. Janganlah biarkan detik yang berharga ini berlalu tanpa membawa keberuntungan kepada kita.

by Abu Munzir
http://tinta-tarbawi.com/

0 comments:

Post a Comment