.:: Kata-kata Hikmah ::.

Life is like a ship...therefore strengthen ur ship coz the ocean is very deep and the journey is very long...

Sunday, April 8, 2007

.:: Islam sebagai Ad-Deen ::.



Islam bukan suatu Deen (peraturan hidup) yang wujud secara kebetulan tetapi adalah satu natijah (hasilan) dari satu Tarbiyyah (pendidikan). Hasil dari perancangan, perencanaan, pembentukan yang disususn dengan rapi dan berhati-hati melalui ransangan-ransangan dan bimbingan yang diransangkan, yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang Islam dalam pemikirannya, aqidahnya, akhlaqnya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindakannya.

Dengan demikian segala perbuatan dan tindakan berfungsi sebagai ibadah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Inilah dia pembentukan peribadi untuk melengkapi persediaan penerima Deen Islam keseluruhannya.

Islam adalah Deen (peraturan hidup) ciptaan Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. beryanggungjawab ke atas kepentingan Islam dan pengawasannya juga berada dalam genggaman Allah S.W.T.. Oleh demikian mereka yang mengambil Allah S.W.T. sebagai Ilah dan Rabb tidak mempunyai jalan lain, mesti memikul amanah ini iaitu melahirkan Islam dalam bentuk praktik kehidupan manusia, meliputi apa yang berkaitan dengan kehidupan manusia samaada pemikiran sehinggalah pentadbiran bumi Allah S.W.T. mestilah berjalan sesuai dengan kehendak Allah S.W.T..

Jika amanah ini tidak diambil, tentulah ia bermaksud kita memperkecilkan suatu rahmat Allah S.W.T., Pemilik alam ini.

Dengan demikian pada masa yang sama kita menolak Allah S.W.T. sebagai Ilah. Kedudukan Allah S.W.T. sebagai Ilah itu telahpun berpindah kepada yang lain berkemungkinana hawa nafsu atau bentuk yang lain, hasilan daripada pemikiran atau perasaan yang ada pada kita yang didorong oleh syaitan dengan bantuan dari kuncu-kuncunya.

Ramai orang yang berpuas hati dengan mengaku yang mereka telah menganuti Islam, tetapi suatu persoalan yang kita perlu fikirkan ialah apakah telah memadai pengakuan tersebut sahaja? Jawabnya, bila kita menganut Din Islam adalah tidak cukup dengan pengakuan sahaja tanpa memenuhi tuntutan-tuntutannya.

0 comments:

Post a Comment