.:: Kata-kata Hikmah ::.

Life is like a ship...therefore strengthen ur ship coz the ocean is very deep and the journey is very long...

Sunday, August 26, 2007

.:: Kawan Yang Baik ::.

Bukannya senang nak cari kawan yang
baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan
yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat
di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu
dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang
paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah
mempengaruhi kawan baik nya untuk
membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang
selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama
yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita
meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa
kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang
kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu
jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik
tahu apa yang paling baik untuk kawan
baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa
mendoakan kesejahteraan dan
kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat
di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita
adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan
baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika
kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa
menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika
kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana
kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan
naskah ini kepada kawan-kawannya,
bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-
suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat
menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik
yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang
baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik
yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Friday, August 24, 2007

.:: Babi Paki Serban ??? Ni Dah Terlebih Extream nih !!! ::.

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ...

``` Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut
telah menumbuk seorang lelaki cina.

Ini berlaku kerana ketika
pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah
menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.

Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. Pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina
tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab
sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang
memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki
hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang dilakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di 'contohi' kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam,tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya
akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh lelaki Cina tadi.

Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina
tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman
oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak
demikian.

###Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi
kerana ingin menegakkan agama Islam.
Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai
oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan
maruah Islam.

Wednesday, August 22, 2007

.:: 10 Jenis Solat Tidak Diterima ::.

RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

Rasulullah bersabda: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah, antaranya:



Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.

Orang lelaki melarikan diri.

Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

Orang suka makan riba.

Orang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.



Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh dari Allah.”

Hassan berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal buruk.”

Maksud hadis Rasulullah “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Kita disarankan supaya mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang.

Sunday, August 19, 2007

.:: Deraian Air Mata Seorang Khalifah ::.

"Ummah telah memecatmu",
Esat Paşa membuah kata...

1909 menjadi saksi,
Duka Lara ditempuh khalifah,
Ummah retak seribu,
Tiada derai air mata yang dapat membaikinya...

Mendung suram melitupi alam,
Sang suria tiadalah lagi cerianya,
Sinar bulan malaplah sudah,
Bintang di langit lari menyembunyikan diri,
Serinya alam hilanglah ia...

Deruan kereta api meninggalkan Istanbul,
Meluncur laju dari Stesyen Keretapi Sirkeci.
Membawa bersamanya baginda Khalifah,
Daulah meratap kepergian baginda,
Istana Çarağan sepi dari penghuninya...

90 tahun sudah berlalu,
Ummah masih belum bersatu,
Bilakah detik itu akan tiba?

Namun sebelum itu,
Perlu diriku tanya,
"Apa yang diri ini sudah usahakan,
Untuk meyatukan semula Ummah?"
Rugilah kalau Ummah bersatu,
Daulah terbina,
Namun diri tak terlibat pun...

Thursday, August 16, 2007

.:: Balasan Meninggalkan Solat ::.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Monday, August 13, 2007

.:: Kasih Ibu ::.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, August 4, 2007

.:: Hakikat Kehidupan ::.

Saban hari kita melihat masyarakat begitu sibuk dengan kehidupan mereka, bahkan mungkin termasuk kita. Kerja, belajar, mesyuarat dan lain-lain lagi. Hari-hari yang dilalui terasa padat. Kehidupnnya begitu sibuk, namun pernahkah kita terfikir sibuk kita itu mendapat nilai di sisi ALLAH atau hanya sekadar perjalanan hidup seperti manusia-manusia biasa?
Bahkan ada yang cuba menyibukkan perkara dunianya dengan perkara-perkara yang lansung tidak berfaedah. Pendek kata, tidak menyumbang pada Islam langsung— rempit, mencuri, pergaulan bebas, warnakan rambut, berlagak samseng, dan lain-lain. Lalu dunia menjadi pincang.
Sahabat yang dikasihi, Maka apakah ini hakikat kehidupan yang sebenarnya ? Atau selama ini kita hanya hidup dalam kepura-puraan ? Berpura-pura bahagia sedangkan kita sedang menyeksa diri sendiri untuk bertemu ALLAH S.W.T. Maka untuk mengetahui samada kita benar-benar hidup di bumi ini atau tidak, marilah kita memahami firman ALLAH S.W.T. tentang matlamat dan tujuan ALLAH menciptakan kita di alam ini.


“ Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami, maka maha suci ALLAH raja yang sebenarnya, tiada tuhan selain dia, tuhan yang memiliki arasy yang agung “
( Al-Mukminun : 115 - 116 )



Dan


“ Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU “
( Az-Zariyat : 56 )


Jelaslah dari firman ALLAH tersebut kita diciptakan atau matlamat penghidupan kita hanyalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. , bukan untuk bermain-main dengan api cinta dunia ini. Dan sesungguhnya konsep ibadat itu tersangatlah luas. Apa-apa yang kita lakukan selagi tidak melanggar syara’ dan kerana ALLAH S.W.T., maka itulah IBADAT.

Bukan sahaja rukun Islam, tetapi makan, mandi, berbual, bersukan dan perkara-perkara lain dalam kehidupan kita. Begitu indahnya ISLAM !!!
Maka apa yang dapat ana simpulkan, untuk mencapai hakikat kehidupan sebenar,kehidupan ini perlu diisi semaksima mungkin dengan ibadat dan disamping menghindarkan kejahilan dan kebathilan. Kembalikanlah segala urusan, masa kita tidak kira dalam keadaan susah, senang, kaya atau miskin hanyalah pada ALLAH. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap, dan rasailah bahawa kita akan kembali kepada-NYA. Nescaya keika itu kita akan merasai hakikat kehidupan yang sebenar, kehidupan yang bahagia. Bahagia bersama Islam...