.:: Kata-kata Hikmah ::.

Life is like a ship...therefore strengthen ur ship coz the ocean is very deep and the journey is very long...

Tuesday, June 14, 2011

.:: Penarikan Bantuan Buku Teks MATRI ::.

Assalamu'alaikum W.B.T...


Rasanye dah lama sy x menulis di blog ini kan? Hari ni sy terjumpa satu isu yg dibangkitkan di FACEBOOK DR. MAZA..Linknya di sini...Alhamdulillah...saya bersyukur sgt2 sebab Dr Maza telah membuka isu ini...Akhirnya ada juga insan yang berani menyuarakan masalah ini...saya sebagai bekas pelajar MATRI generasi ke-10, batch 2004-2009 rasa amat gembira dengan perhatian tersebut..Namun apa yg mengecewakan adalah tindakan sebahagian FACEBOOKERS yg ikut sedap mulut je memfitnah MATRI...ckp ader isu dalaman yg kritikal lah...ckp MATRI sekolah pembangkang lah...ckp MATRI bawak ajaran lain lah..ckp mcm2 pada MATRI..sy sebagai bekas pelajar MATRI rasa amat sedih dengan tindakan tuan2 yg main fitnah kut sedap mulut je ! tolong fahami bahawa MATRI adalah salah sebuah INSTITUSI TARBIYYAH YG TERUNGGUL di tanah air..sedar lah apa yg kalian fitnah itu...kalo kalian x kesah kena jwb di akhirat or x kesah nk mintak maaf kepada sumer pelajar, kakitangan, staf, badan pentadbir, pengasas n sume yg ader kaitan pon, tolong sedar yg anda sedang melanggar ayat yg telah ALLAH turunkan kepada kalian supaya menyiasat dahulu sesuatu fakta sebelum bercakap !
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

So kepada sesiapa yg nk fitnah 2, saya nasihatkn supaya anda pergi ke MATRI dulu, dduk sne, rasai tarbiyah, belajar apa yg ader kat MATRI, siasat MATRI, then bwu wt kesimpulan...kat sini sy tertarik dengan komen seorang sahabat sy yg amat sy kagumi, Saudara Nu'man Afifi Sa'adan...sedikit maklumat n info mengenai MATRI dr beliau :

Penjelasan pertama :


Saya yakin, di ruang penjelasan sangat terhad.

Kalau anda benar-benar ingin tahu dan ingin membantu, cuba hubungi pihak sekolah

MA`HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH (MATRI)
PERKAMPUNGAN TUNJUNG, 02400, BESERI, PERLIS.
TEL: 04 – 938 1155, FAX: 04 – 938 2469
www.matri.edu.my
InsyaAllah terjawab.
Mereka lebih mengetahui keadaannya berbanding kita di sini, kan?

Kalau berkesempatan, ziarah dan cuba kenali institusi yang hampir suku abad ditubuhkan ini.

Institusi ini pernah mendapat Anugerah Sekolah Perdana yang disampaikan sendiri oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis pada tahun 2008.

Mantan pengetuanya, almarhum Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain (yang baru meninggal dunia tahun lepas) pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Perlis pada tahun 2006, dan dicalonkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun berikutnya.

Antara alumni yang terkenal dihasilkan institusi ini Imam Muda Asyraf Ridzuan (Imam Muda Terunggul Astro Oasis 2010) dan Hilal Asyraf, seorang penulis dan novelis tujuh buah buku.

Salah seorang pelajar sekolah ini pernah mewakili negara dalam pertandingan hoki antarabangsa di Jerman dalam pasukan hoki remaja kebangsaan.

Sekolah ini juga pernah dinobatkan Sekolah Tebaik dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan beberapa pelajarnya menjadi pelajar terbaik dalam STAM beberapa kali.

MATRI hampir setiap lawatan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan sekolah-sekolah dari seluruh negara.

Sambutan dua dekad institusi ini sendiri dirasmikan oleh Exco Negeri Perlis yang menggantikan MB Perlis yang tidak hadir saat-saat akhir.

Action speaks louder than word. =)
11 hours ago ·  ·  14 people

Penjelasan Kedua :


Oh ya, antara ahli Lembaga Penasihat sekolah ialah;

(i) Prof. Dato Dr. Yusoff Hassan (Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka
(ii) Prof. Dato' Dr. Abu Azzam bin Mohd. Yassin (Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia)
(iii) Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin bin Abdul Rahman (Pengerusi Gabungan Profesional Kelantan)
(iv) Prof. Dr. Ismail bin Jusoh (UMP)
(v) Prof. Dr. Sr. Abdul Hakim Mohammed

Lain2 maklumat boleh rujuk di sini :


1 comments:

ummu said...

assalamualaikum akhi fid din
al fatihah untuk allahyarham UD, ummi, pakcik ghazali, bapak/sir yahya dan semua pakcik2 dan makcik2 yang mendidik diri ini, (1st batch spm).
kasih sayang mereka dalam menididik, memanusiakan insan...sangat saya hargai.
fitnah2 ini tak sepatutnya dilemparkan...

Post a Comment